Rehda Allah itu penting!
Assalamuailaikum... Hai lama aku tak updates dalam blogger ini. Menghabiskan sisa cuti di rumah sebelum balik tempat belajar. In shaa Allah lagi 2 tahun aku akan bergelar sebagai degree holder. Aamiin... Degree holder for my parent. Mencari rehda Allah itu penting kerana kita hidup di dunia ini sebagai hamba Allah bukan kerana manusia. Semakin kita diuji semakin teguh iman kita kerana Allah. Biarpun kita digelar kolot kerana memilih Allah namun kebahagiaan dan nikmat itu Allah yang berikan bukan manusia. Siapa kita di dunia ini selain mengharapkan rehda Allah. Kita sebagai manusia pun Allah yang punya. Allhamdulilah aku telah mula merasa nikmat kesihatan daripada Allah. Selama 5 tahun aku merasai nikmat kesakitan akhirnya tahun ini 2016 aku merasai nikmat sihat. Sakit itu penghapus dosa kecil kita. Bila kita rehda diuji kita akan rasa bahagia dan sebenarnya Allah telah memberikan sesuatu dengan penuh cinta. Allhamdulilah kawan aku offer jadi model untuk satu produk tapi aku memilih untuk menolak sebab aku tak nak jadi model. Setiap manusia tak lari melakukan kesilapan di dunia. Aku manusia yang tak lari dari kesilapan. Aku akui disitu tapi aku juga manusia yang bercita-cita mahu bertaubat di Jalan Allah. Aku melepaskan orang yang aku cinta untuk mencari rehda Allah. Ye rehda Allah aku mencari disitu. Hati? Bohong kata sedih tapi aku kena pandang ke hadapan bahawa Allah itu telah sediakan sesuatu untuk diri kita yang lebih baik. Aku belajar untuk menjadi wanita yang baik biarpun kita adalah seorang pendosa di atas muka bumi. Biarlah manusia membenci aku tapi Allah tidak membenci aku. Aku amat menyayangi manusia yang membenci aku tanpa sebab. Keluarganya aku amat menyayangi. Cuma aku sedih sampai bilakah dia melakukan seperti itu? Bohong dari jauh aku tak sedih melihat dia seperti itu. Aku takut Allah turunkan karma untuknya. Biarpun aku tidak mahu Allah lakukan kepada dia tapi aku adalah manusia sedangkan Allah adalah pemilik alam ini. Aku tak mampu meneruskan hubungan diatas dendam dia lagi. Aku takut dendam itu memakan dirinya semula. Apa yang aku tolong dan susah payah untuk dia aku rehda dan ikhlas untuknya. Setahun rupanaya hubungan ini bina atas dendam. Bukan kerana cinta tapi kerana dendam. Allahurabbi. Begitu dalamnya dendam dia kepada aku. Tak apalah aku terima dendam dia kepada aku. Cinta aku kepada dia?? Cukuplah Allah mengetahui betapa aku cinta dia kerana Allah tapi aku sedar aku tidak boleh melawan cinta Allah kepada aku. Jika aku cintakan dia aku perlu doakan dia dalam diam. Ya memang itu yang aku lakukan. Aku mendoakan dia agar Allah memberikan hidayah kepadanaya sebagai seorang lelaki yang baik disisi Allah. Aku mendoakan dia agar Allah memberikan jodoh yang baik kepadanya yang setia susah dan senang kepadanya dalam apa jua keadaan. Sebab dia seorang lelaki yang baik. Aku juga berharap agar Allah berikan jodoh kepadanaya yang dapat sayang dan terima keluarganya dengan ikhlas bukan kerana pangkat dan darjat. Allah sentiasa peluk hati kita agar menjadikan kita seorang manusia yang ikhlas kerana Allah. Biarpun dia tidak melihat cinta aku dengan hati cukuplah aku berikan yang terbaik untuk dia. Biarpun aku tidak sempurna dalam hati dia tapi cukuplah Allah maha mengetahui betapa aku risaukan dia dari jauh. Biarpun dia tidak mengetahui betapa rindunya aku kepadanya tapi cukuplah Allah mengetahui betapa aku rindukan dia sebenarnya. Terima kasih Allah kerana kau ajarkan aku erti cinta yang sebenarnya. Terima kasih Allah kerana temukan aku dengannya dia. Terima kasih Allah kerana kau kenalkan aku dengan keluarganya. Semuanya adalah kehendak Engkau, Allah. Aku adalah hamba Allah yang merancang dengan cita-cita tapi Engkau menentukan dengan CINTA mu. Muhamad Helmi Hakimi Bin Hamdan adalah satu nama yang mengajar aku erti banyak perkara. Akan aku namakan zuriatku dengan nama itu agar dia menjadi kuat dan tabah dalam mengalas tanggungjawab kepada adik-adiknya apabila ibu dan ayahnya tiada di dunia. Aaamiin.....
p/s: kita lepaskan bukan kerana kita tidak mencintainya tapi kerana kita mencintainya kerana Allah.
No comments:
Post a Comment