Hi! lama tak updates dalam blog ini. Rasa lepas satu semester tak updates. Banyak kerja kena buat. Kehidupan aku?? Allhamdulilah sebenarnya aku merasa happy sangat tak terhingga dalam hidup aku. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga, sahabat dan paling aku rasa tak terhingga adalah Allah bersama aku. Apabila aku jatuh kerana semangat, aku bangkit semula kerana Cinta Allah. :)
CINTA Hakimi????
semuanya dah tertulis untuk aku dengan dia. Dendam?? Tiada sedikit pun aku nak berdendam kepada dia. Aku patut terima kasih kepada dia sebab dia rapatkan aku dengan Allah. Eh aku tak rindu dia ke?? Bohong sebagai seorang manusia aku tak perasaan rindukan dia. Rindukan dia tapi aku sedar rindu itu fitrah. Bukan ke Nabi Yusuf yang setampan itu pun Zulaikha terkejar-kejarkannya apatah Hakimi hanya seorang manusia biasa sahaja. Hati?? Bohong kalau kata aku tidak sakit. terlalu sakit sebenarnya. Mostly aku bukan sakit tapi terluka sebenarnya. Luka itu milik Allah kenapa harus aku melawanNya. Perasaan sayang aku dan cinta aku kepada dia??? Jeng jeng jeng....... hahaha
hati kecil masih sayang kan dia dan cintakan dia. Berada dengan dia saat dia susah, dia stress, gaduh dengan dia untuk thesis dia, berhempas pulas dia punya report semualah aku rasa pahit manis itu. Tapi manis itu bukan untuk aku. Setiap apa yang berlaku ada hikmah Fazirah. Dont be cry. sekurang-kurangnya kau bersyukur dapat mengenalinya, memahaminya, ada dengan dia susah dan family dia tiada dekat sini kau ada dengan dia dan adik dia. Itu bukan satu tanggungjawab yang mudah tau tapi itu tanggungjawab yang susah tau. Berat tau. Kenal Keluarganya pun kau bersyukur tau. Ya aku bersyukur kepada Allah. Untuk jadi wanita yang baik banyak ujian Allah hadirkan kepada kita. Paling penting sabar dan solat Fazirah. Mengenalinya adalah satu anugerah, kerenah dia, keletah dia dan paling tak lupa adalah sesuatu yang paling tak lupakan adalah dia suka makan. Perangai dia?? Mostly hampir sama dengan aku sebab birthday dia sama dengan aku. Aku jenis yang cerewaet tapi dia so far tak ok je. tapi tak tetap keputusan itu sama.
Allhamdulilah untuk menjadi seorang wanita yang tabah tidak semudah itu. Saat terluka kau senyum. saat kau sakit kau tergelak. Tidak semudah itu Ira kau hadapi tapi kau kuat untuk semua ini. Percaya pada Allah, Allah akan gantikan lebih baik untuk kau. Paling penting doa jangan lupa. Letakkan Allah di hadapan tau.
Untuk Muhamad Helmi Hakimi Bin Hamdan.
terima kasih kerana jadikan saya seorang yang tabah dan kuat. mengenali abang adalah anugerah yang paling terindah buat hidup saya. mengenali keluarga abang adalah hadiah buat saya. saya bersyukur dapat mengenali abang dan keluarga abang. sejauh mana saya pergi, sejauh mana saya melangkah doa dan kasih saya pada abang dan keluarga tidak pernah padam. kalau memang kita dijodohkan abang akan jadi juga imam saya dan ayah kepada anak-anak saya yang berbinkan abang. semuanya pada Allah. Dia maha mengetahu disebaik rahsia di dunia ini. Doakan saya berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dapat membantu orang yang memerlukan. Hakimi, cinta dan sayang saya pada abang tetap tersimpan di dalam hati saya. cukuplah Allah mengetahui cinta dan sayang saya pada abang.
-ira-
No comments:
Post a Comment