MUHAMMAD HELMI HAKIMI BIN HAMDAN
Assalamuialaikum....
okay hari ini kita akan ceritkan macam mana aku mengenali dia. sebenarnya sudah 3 tahun aku kenal dia dekat POLITEKNIK SEBERANG PERAI. Sewaktu itu aku semester 5 di PSP. Cara aku kenal dia melalui telefon sahaja. Masa itu aku call dia untuk ambil aku dekat Bus stop PSP, kemudiian dia main-mainkan aku cakap prebet ini naik pangkat. Aku apa lagi main-mainkan dia juga cakap prebet sambung belajar dan jadi prebet educated.
Seminggu lebih aku dan whatsapps, sms tanpa melihat muka. Pernah juga dia nak video call dengan aku tapi aku tolak sebab aku tak kenal dia. paling aku tak boleh lupa adalah aku tanya mak ayah dia kerja apa. Dan jawapan dia paling sempoi cakap mak ayah kerja jual nasi lemak. Aku pun cakap juga mak aku jual nasi lemak dan abah aku kerja sapu sampah. 2 couples still lie each other.
Aku pun bercinta dengan dia tapi tak lama sebab aku yang buat perangai ada orang lain. Masa itu kirakan perangai tak matang lagi jad rasa tak fikir lebih serius. Aku dengan senyap kemudian selepas aku tamat belajar baru aku contact dia semula. Aku sms dia semula. Tapi sayangnya bahagia yang dia rasa sekejap sahaj. Aku lagi buat perangai. Tapi itulah manusia nak mencari kesempurnaan sedangkan kesempurnaan itu ada di depan mata sendiri. Kebetulan masa itu family aku tahu pasal orang dekat atas ini. Apa lagi marahlah keluarga aku dekat aku sebab aku mainkan hati orang ini, Mencintai orang itu tidak semudah bagi aku. Itu prinsip aku.
Aku terfikir semula apa kekurangan Hakim pada aku? Aku kekurangan dia pada keluarga aku? Salah ke dia mencintai aku? Salahkah dia membahagiakan aku? persoalan itu bermain di kepala aku. Aku berdoa jika dia untuk aku hadirkan cinta ini. Allhamdulilah kepada Allah kerana engkau buka jalan untuk aku. Aku menerima dia untuk hidup aku ini.
Aku decide untuk lebih serius dengan dia. Mak ayah aku pun setuju untuk menerimanya ..
'sayang, terima kasih sebab sabar dan tabah melayan keranah saya ini yang macam-macam ada sehinggakan kadang-kadang awak ini stress dengan saya. sayang, doa saya agar awak yang pertama dan terakhir dalam hidup saya . Semoga kita bersatu dalam mendirikan sunnah Nabi Muhammad saw hingga ke syurga teratas sekali. Doakan kami bersatu sehingga ke jannahNya.
No comments:
Post a Comment