Assalamuailaikum. Hi semua. Hari ini aku menceritakan apa maksud Bahagia?? Bahagia itu apa?? Bahagia itu bila kita letakkan Allah dihadapan. Aku?? Happy tak?? Allhamdulilah bahagia sesungguhnya. Sebenarnya banyak nikmat yang Allah berikan kepada aku tapi aku tak sedar rupanya. Bukan senang untuk lalui apa yang Allah berikan tapi sentiasa percaya apa yang berlaku ada asbabnya. so, jangan mengalah. Setahun rupanya aku sebagai alat dia. Setahun aku percaya dia sayang aku dan cinta aku kerana Allah tapi sebenarnya aku adalah alat untuk dia. Aku terima semua itu dengan hati yang terbuka. Mungkin orang nampak aku cepatnya happy dengan semua ini tapi satu sahaja jawapan aku kepada orang bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah dan tidak perlu membalas sebab aku bukan orang nak membalas. Cukup kita doakan yang terbaik. Yes memang kawan aku ada kata, 'Kak Ira, ini still layan orang baik walaupun dia sakitkan hati kak ira.' Kenapa perlu membalas manusia? Memang betul kita bukan nabi dan malaikat tapi kita adalah ummat Nabi Muhammad kan. Bila ada seorang kawan berkata, kalau Izwa ada abang lama dah izwa nak kak ira jad kakak ipar izwa. Sebab Kak Ira seribu dalam satu ada dalam dunia ini. Aku hanya mampu gelak.
"Izwa, seribu dalam satu?? NO! Dalam dunia ini masih ramai lagi manusia yang baik. Akak ini hanya melakukan kerana Allah bukan sebab glamour dan nak nama. Cukup Allah izwa. Tidak perlu kebaikan kita dihebahkan cukuplah Allah sahaja yang tahu."
Aku percaya setiap apa yang Allah berikan ini adalah yang terbaik. 2 tahun lagi aku akan bergelar Degree holder. Ya Allah tak sabar aku nak menuju kejayaan itu. Aku nak balas jasa keluarga aku. Aku nak berjaya seperti abah aku di dunia logistik. Minat aku?? Sebenarnya memang minat aku membaca dan suka research sebab itu adalah hobi aku sejak kecil lagi. Duduk di satu sudut membaca. Baca buku dari rak atas sampai rak bawah. Dapat gelaran ulat buku. Perangai itu adalah lagi tak?? Ada, di katil aku mesti ada sebuah buku. Sebelum tidur mesti aku membacanya. Seronok membacalah. Aku tidak perlu ramai lelaki yang take care pada aku sebab aku tidak suka. Aku ada family aku sendiri yang ambil berat pada aku. Back to basic. Kebencian adik dia kepada aku?? Tidak mengapa aku terima setiap kebencian itu dengan hati terbuka. Aku sayang Ferhana Hamdan. Allhamdulilah aku bersyukur dapat mengenali family mereka. Walaupun tempoh setahun lebih tapi perkenalan itu akan aku ingat sampai bila-bila. Aku pun tidak akan putuskan hubungan mama dan hakimi.
Persiapkan diri aku lebih baik. Cinta??? Cukuplah aku menyintai Allah di hati. Dia?? Jawapan aku adalah, cukuplah Allah mengetahui semua itu. Aku adalah manusia yang kerdil di hadapan Allah. Pandang di hadapan dan lalui dengan setiap senyuman.